8 research outputs found

    Pengautomasian maklumat aktiviti pelajar di pusat kaunseling dan pembangunan pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan untuk membangunkan model Sistem Maklumat Aktiviti Pelajar (SMAP) di Pusat Kaunseling dan Perkhidmatan Pelajar (PKPP), Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Model yang dibangunkan bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada pengguna sistem iaitu pelajar KUiTTHO tentang sejauh manakah kesesuaiannya dari aspek isi kandungan sistem, persembahan laman web dan juga kepentingan pembangunan SMAP yang sebenar. SMAP yang dihasilkan mengandungi kegunaannya sebagai penyebar maklumat berkenaan aktiviti yang dijalankan oleh PKPP dan juga kemudahan pendaftaran untuk mengikuti aktiviti-aktiviti anjuran PKPP dan juga pendaftaran untuk temujanji kaunseling. Secara umumnya hasil kajian ini menunjukkan bahawa pengguna memberikan reaksi positif terhadap model SMAP yang dibangunkan

    Pembersih bilah kipas siling

    Get PDF
    Kebanyakan rumah pada kebiasaannya mempunyai kipas siling tidak kira samada rumah moden atau tradisional. Kipas siling merupakan sejenis kipas yang digantung pada bahagian atas rumah untuk mengitar udara melalui bilah-bilah kipas berputar (Norfarahanim Mohd@Ramli, 2007). Ia berfungsi untuk menyerakkan udara di sekeliling kawasan secara lebih menyeluruh namun ia tidak mengubah suhu bilik secara langsung. Lazimnya, bilah akan berputar pada arah lawan jam untuk menolak udara sejuk turun ke bawah. Apabila menghampiri lantai, angin yang terhasil akan terserak ke semua arah dan udara panas akan naik ke atas secara semulajadi untuk menggantikan udara sejuk yang telah ditolak kebawah

    Fungsi rundingcara bagi mengukuhkan hubungan pasangan bermasalah dalam perkahwinan

    Get PDF
    Masalah hubungan yang timbul dalam perkahwinan boleh menjadikan pasangan lebih mengenali antara satu sama lain. Ia juga boleh menjadikan pasangan mengakhiri perkahwinan dengan perceraian. Terdapat pelbagai masalah hubungan dalam perkahwinan yang menyumbang kepada peningkatan kadar perceraian. Perceraian adalah satu solusi segera yang boleh menamatkan masalah hubungan pasangan dalam perkahwinan. Bagaimanapun, ia tidak dapat memutuskan hubungan keluarga mertua dan anak-anak. Pada asasnya, hampir kesemua pasangan yang berkahwin ingin menjaga hubungan mereka agar kuat dan sihat. Sehubungan itu, Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri di Malaysia menubuhkan Unit Rundingcara Keluarga sebagai satu saluran yang dapat membantu pasangan bermasalah dalam perkahwinan. Tujuan makalah ini adalah untuk menganalisis fungsi rundingcara dalam mengukuhkan hubungan pasangan bermasalah dalam perkahwinan. Reka bentuk kajian ini adalah penyelidikan deskriptif. Data dikumpul melalui analisis dokumen iaitu Laman Web Rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan laporan penyelidikan berkaitan rundingcara dalam perkahwinan. Data dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif. Hasil kajian menunjukkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mempunyai 14 fungsi. Daripada 14 fungsi tersebut, lima adalah untuk fungsi rundingcara dan sembilan untuk fungsi program pembangunan keluarga. Secara keseluruhannya, fungsi rundingcara di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan adalah suatu intervensi masalah suami dan isteri dalam perkahwinan, khususnya bagi mengukuhkan hubungan dalam perkahwinan dan mengelak perceraian. Kesemua 14 fungsi rundingcara ini memberi impak terhadap pembangunan institusi keluarga terutamanya bagi mengukuh hubungan dalam perkahwinan

    Troli tong gas

    Get PDF
    Tong gas adalah sebahagian daripada keperluan rumah yang sangat penting untuk kegunaan dapur. LPG (Liquefied Petroleum Gas), atau petroleum gas biasanya digunakan untuk aplikasi perumahan (tong gas masak) dan tujuan komersial. LPG terutamanya terdiri daripada campuran hidrokarbon seperti propana (C3H8), propene (C3H6), n-butana (C4H10), isobutena (metil-propana), dan pelbagai butanes lain (C4H8) (Mustapa, Gitano Briggs, 2008). LPG disimpan cair dalam tong pada tekanan tinggi, tekanan wap sekitar 6 hingga 7 bar (Petrolium Nasional Berhad, 2013). Oleh itu, tong gas perlu diperbuat daripada silinder keluli bertekanan tinggi. Tong gas digunakan hampir di semua perumahan, termasuk rumah pangsa, kondominium dan apartment. Kebiasaan penghuni perumahan bertingkat yang tidak mempunyai lift terpaksa mengangkat tong gas menggunakan tenaga empat kerat, kadang kala menggunakan troli biasa untuk menggangkut tong gas tersebut bagi memudahkan dan meringankan kerja. Troli adalah peranti yang digunakan untuk membawa beban atau memindahkan bahan dari satu tempat ke yang lain. Untuk aplikasi yang berbeza pelbagai jenis troli digunakan Kebanyakan pekerja domestik juga menggunakan tenaga tulang empat kerat untuk kerja-kerja pemindahan troli .

    Camera stabilizer

    Get PDF
    In the world of videography and cinematography, visible camera shake is a common thing. Visible camera shake usually is caused by the movement of the camera operator when using a camera. Camera stabilizer is a device used by many people to reduce or remove the visible camera shake to create better quality videos. Most camera stabilizers available in the global market uses advanced technologies that can stabilize a camera very easily. However, the use of advance technologies has caused a spike in the price of these camera stabilizers. There are very little to none option when it comes to a low-cost camera stabilizer available in the market. This project main purpose is to design and fabricate a low-cost camera stabilizer that would be affordable to more people from different walk of life. The low-cost camera stabilizer will use simple mechanism to stabilize a camera instead of advance technologies that are used on most high cost camera stabilizers. The result shows that this low-cost camera stabilizers were able to stabilize a camera and reduce the visible camera shake using the balancing mechanism

    Modul sijil Eksekutif Pengurusan Teknologi Penanaman Tebu Profesional

    Get PDF
    Buku ini merupakan suatu perkongsian dan gabungan idea daripada beberapa insan yang mencari kelainan teknik dalam dunia perniagaan khususnya usahawan yang berjaya dalam dunia perniagaan seperti Koperasi Pembangunan Usahawan Bestari Johor Bhd (KPUBJB). Penubuhan Koperasi Pembangunan Usahawan Bestari Johor Bhd ini bermatlamat untuk membina minda usahawan kepada ahli-ahlinya dan mementingkan ahli-ahlinya agar dapat menambah nilai ilmu perniagaan bagi menaiktaraf ekonomi keluarga, bangsa, agama dan negara. Setiap bab dalam buku ini memberi informasi dan maklumat yang dapat membantu masyarakat dalam bentuk panduan berkaitan teknologi penghasilan tebu. Semua tajuk yang digarap dalam penulisan ini merangkumi penyediaan tapak tanaman tebu, teknik tanaman tebu, racun serangga atau rumpai dan baja sehingga strategi pemasaran. Di samping itu, buku ini juga memberi pendedahan tentang jadual penjagaan selepas penanaman tebu dan kaedah pemasaran. Buku ini juga sangat sesuai dijadikan rujukan para pengusaha serta ahli perniagaan tebu yang berhasrat untuk mendalami perniagaan sehingga berkembang maju

    Masalah Berpasangan-Pasangan dalam Kalangan Pelajar Sekolah

    Get PDF
    Masalah berpasang-pasangan kebanyakkan melibatkan remaja yang berusia 16 tahun ke atas yang mana pada usia ini remaja berada pada peringkat akhir remaja. Konflik-konflik yang berlaku dalam fasa ini adalah sangat penting kerana ianya mampu mempengaruhi masa depan seseorang tatkala meningkat dewasa. Masalah berdua-duaan atau berpasang-pasangan adalah masalah yang sangat sukar di atas di mana-mana sekolah sekalipun. Objektif kajian iaitu untuk mengkaji faktor-faktor, kesan masalah, dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah berdua-duan dalam kalangan pelajar sekolah. Pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah kajian iaitu termasuklah kaedah temubual dan kaedah perpustakaan bagi mendapatkan maklumat mengenai berpasangan atau berdua-duaan dalam kalangan pelajar sekolah. Kesimpulannya, masalah berdua-duaan atau berpasang-pasangan di sekolah semamamngnya berada di tahap yang membimbangkan. Ini adalah kerana masalah ini merupakan suatu masalah yang tiada satu sekolah pun terlepas daripadanya termasuklah sekolah menengah agama. Sekiranya perkara ini tidak dikawal ianya akan membawa kepada permasalahan gejala sosial remaja seperti lari rumah, buang anak, keruntuhan akhlak, dan lemah dalam pelajaran. Masyarakat, media massa, dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah ini. Problem of Couple among School Students Abstract: The problem of couple mostly involves adolescents aged 16 years and over which at this age teens are in the final rank of adolescents. The conflicts that apply in this phase are very important because they are able to influence one's future as they mature. The problem of being together or in pairs is a very difficult problem even in any school. The objective of the study is to examine the factors, the impression of a problem, and the steps to overcome problems together in school students. The reviewer has used a number of study methods including the social and library methods to obtain information about pairs or partners in school students. In conclusion, the problem of being alone or in pairs at school is at a very confusing stage. This is because this problem is a problem that not even one school apart from including a religious secondary school. If this case is not guarded it will lead to problems of adolescent social symptoms such as running away, throwing away children, moral collapse, and weakness in learning. Society, mass media, and mother and father play an important role in overcoming this problem. Keywords: Couple, Student, Teenagers

    Alat pengutip buah

    No full text
    Sektor pertanian merupakan sektor penting dalam kehidupan sebahagian besar masyarakat Malaysia. Oleh itu, sektor ini harus dikembangkan seiring dengan pertambahan jumlah penduduk dan perkembangan teknologi bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil pertanian. Produktiviti dan kualiti hasil pertanian berperanan besar dalam pembangunan terutama untuk memenuhi keperluan dan permintaan. Seiring dengan itu, terdapat banyak alatan pertanian yang boleh didapati dipasaran bagi memudahkan dan meningkatkan lagi hasil pertanian. Salah satu alatan yang berada dipasaran kini ialah alat pemetik buah. Hal ini kerana buah-buahan yang berada dipokok yang tinggi (kebiasaannya pokok mangga tradisional yang tidak dikawal ketingian dengan membuat cantasan) sukar untuk dipetik tanpa menjejaskan kualiti buah tersebut. Kebiasaannya, buah-buah ini dipetik dengan menggunakan cara tradisional iaitu dengan memanjat atau menggunakan tangga bagi mengelakkan buah tersebut jatuh ke tanah lalu mengalami kerosakkan. Rajah 5.1 menunjukkan pekebun memetik buah mangga yang matang dengan menggunakan tangga sementara Rajah 5.2 menunjukkan buah mangga dipetik dengan kaedah memanjat pokok. Walaubagaimanapun, cara ini adalah sangat berbahaya dan mengancam nyawa (Fanni, 2012). Selain itu, buah-buahan ini juga dipetik menggunakan galah bercangkuk, menurut Abu Goukh dan Mohamed (2004), kaedah penuaian yang biasa adalah dengan meyentap buah dengan cangkuk yang dipasang pada galah panjang. Buah yang jatuh ke tanah menyebabkan lebam dan kecederaan pada buah, ianya akan menyebabkan buah menjadi tidak menarik serta jangka hayat yang lebih pendek. Oleh itu, satu alat inovasi telah direka cipta bagi menyelesaikan masalah memetik buah mangga yang berada pada pokok yang tinggi tanpa perlu membahayakan nyawa dan menjejaskan kualiti buah yang dipetik
    corecore